3 JULAI 2022 - Surah Al-Fatihah merupakan surah yang wajib dibaca ketika solat dan merupaka rukun Solat yang wajib dicbaca. Bagi memperbaiki cara bacaan kita, pihak Musolla menjemput Ustaz Mior Ahmad Fitri, Imam di Masjid Jamek Saad Bin Abi Waqas bagi memberi penerangan cara bacaan Surah Al-Fatihah dengan betul dan sebutan yang tepat. Setiap jemaah tidak melepaskan peluang bagi memperbaiki bacaan mereka, terutamanya Imam Musolla.